Waktu Solat

Saturday, December 26, 2009

Kad Veteran Tentera(Kad Putih)

PERMOHONAN KAD VETERAN ATM

Dokumen yang diperlukan :

1 Salinan Kad Pengenalan Veteran dan isteri (yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja)
1 Keping gambar Veteran ATM berukuran passport (Catat Nombor Tentera di belakang gambar)
1 Salinan Sijil Nikah (bagi Veteran ATM yang berkahwin)
1 Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D 86/92
Isi dengan lengkap Borang Permohonan


PERMOHONAN GANTIAN KAD VETERAN ATM

 

Sekiranya berlaku kehilangan/kecurian/bencana alam, dokumen yang diperlukan ialah:

1 Salinan Kad Pengenalan Veteran dan isteri (yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja)
1 Keping gambar Veteran ATM berukuran passport (Catat Nombor Tentera di belakang gambar)
Isi dengan lengkap Borang Permohonan
Salinan asal laporan polis
Kad gantian hanya akan diberikan dengan mengemukakan dokumen di atas.

Permohonan boleh dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berkenaan.

Kad Veteran ATM tidak layak dikeluarkan kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan tidak secara terhormat.iaitu kes tatatertib/kes salah laku.

PERMOHONAN MENJADI AHLI PBTM

4 Keping gambar veteran berukuran passport
1 Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri
1 Salinan Sijil Nikah
1 Salinan Buku Tamat Perkhidmatan BAT D 86/92
Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM60.00

LAIN-LAIN PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa UPSR kelayakan 4A 1C termasuk Pangkat A Bahasa Melayu
Permohonan Biasiswa PMR kelayakan 6A keatas termasuk Bahasa Melayu
Permohonan Sumbangan IPTA sekali sahaja iaitu pengajian Diploma atau Ijazah tidak termasuk IPTS
Semua permohonan Bantuan anjuran JHEV ATM bagi mereka yang layak sahaja

Untuk lain-lain maklumat sentiasa berurusan dengan cawangan PBTM anda sendiri dan jangan dengar berita yang berunsur hasutan. Sekian terima kasih.