Waktu Solat

Saturday, December 26, 2009

Kad Veteran Tentera(Kad Putih)

PERMOHONAN KAD VETERAN ATM

Dokumen yang diperlukan :

1 Salinan Kad Pengenalan Veteran dan isteri (yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja)
1 Keping gambar Veteran ATM berukuran passport (Catat Nombor Tentera di belakang gambar)
1 Salinan Sijil Nikah (bagi Veteran ATM yang berkahwin)
1 Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan BAT D 86/92
Isi dengan lengkap Borang Permohonan


PERMOHONAN GANTIAN KAD VETERAN ATM

 

Sekiranya berlaku kehilangan/kecurian/bencana alam, dokumen yang diperlukan ialah:

1 Salinan Kad Pengenalan Veteran dan isteri (yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja)
1 Keping gambar Veteran ATM berukuran passport (Catat Nombor Tentera di belakang gambar)
Isi dengan lengkap Borang Permohonan
Salinan asal laporan polis
Kad gantian hanya akan diberikan dengan mengemukakan dokumen di atas.

Permohonan boleh dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berkenaan.

Kad Veteran ATM tidak layak dikeluarkan kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan tidak secara terhormat.iaitu kes tatatertib/kes salah laku.

PERMOHONAN MENJADI AHLI PBTM

4 Keping gambar veteran berukuran passport
1 Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri
1 Salinan Sijil Nikah
1 Salinan Buku Tamat Perkhidmatan BAT D 86/92
Yuran Ahli Seumur Hidup sebanyak RM60.00

LAIN-LAIN PERMOHONAN

Permohonan Biasiswa UPSR kelayakan 4A 1C termasuk Pangkat A Bahasa Melayu
Permohonan Biasiswa PMR kelayakan 6A keatas termasuk Bahasa Melayu
Permohonan Sumbangan IPTA sekali sahaja iaitu pengajian Diploma atau Ijazah tidak termasuk IPTS
Semua permohonan Bantuan anjuran JHEV ATM bagi mereka yang layak sahaja

Untuk lain-lain maklumat sentiasa berurusan dengan cawangan PBTM anda sendiri dan jangan dengar berita yang berunsur hasutan. Sekian terima kasih.

Friday, December 18, 2009

Senarai Ahli Jawatankuasa PBTM Cawangan Kahang bagi tahun 2012-2015

PEGAWAI EKSEKUITIF TAHUN 2012 - 2015

1. ASH 3983 Hj Mohamad Tahir Bin Sidin – Pengerusi Tetap
2. ASH 9063 Lt Roni Yusni Bin Yaakob (B) – Timb Pengerusi Tetap
3. ASH 9999 En Mohd Salleh Bin Ibni Hassan - Ketua Cawangan
4. ASH 5751 En Sulaiman Bin Hj Khamis – Timb Ketua Cawangan
5. ASH 5719 En Mohd Johari Bin Rajikin – Naib Ketua Cawangan
6. ASH 6708 Pn Sapiah Bte Abd Hamid - Setiausaha
7. ASH 5740 En Rosli Bin Hj Baharim - Bendahari
8. ASH 5934 En Md Dan Bin Hj Keman – Ketua Penerangan

AJK DIPILIH

1. ASH 4928 En Mohamad Bin Shafie
2. ASH 5690 En Bahar Bin Ismail
3. ASH 5757 En Jamaluddin Bin Ismail
4. ASH 5899 En Mohd Hanifah Bin Syed Rawter Gani
5. ASH 6177 En Ngadi Bin Tigon
6. ASH 6178 En Piee Bin Pokay
7. ASH 6707 En Tajuddin Bin Md Zin
8. ASH 6719 En Ramli Bin Hj Md Taib
9. ASH 6812 En Abd Musa Bin Hussain
10. ASH 7273 En Muajam Bin Saion

AJK DILANTIK

1. ASH 5713 Kapt Hj Markam Bin Hasim (B)
2. ASH 5753 En Sudin Bin Ismail
3. ASH 5776 En Dzulkarnain Bin Simon
4. ASH Hj Klivon Bin Taswe
5. ASH 10663 En Misnan Bin Sukar

PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. ASH 6494 En Abdullah Bin Ibrahim
2. ASH 11086 En Saifuddin Bin Abdul Rahman

Tuesday, December 15, 2009

Pengenalan

Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Kahang (PBTM Kahang) telah ditubuhkan atas usaha gigih Pengerusi Penaja ketika itu, En. Mohd Salleh Ibni Hassan yang menyedari perlunya satu wadah rasmi di kalangan bekas-bekas tentera bagi menyuarakan sebarang permasalahan. Selepas selesainya mesyuarat penaja PBTM Kahang pada 3 November 2002 di Balai Kelompok Kg. Sri Timur, Kluang, satu surat permohonan telah dihantar ke Ketua Eksekutif PBTM Negara oleh Pemangku Yang Dipertua PBTM Bahagian Negeri Johor, Tn. Hj. Kamis Bin Md Nor pada 13 November 2002.
Kira-kira sebulan kemudian iaitu pada 16 Disember 2002, Lt. Kol (B) Abdullah Hamidi Bin Mohamed Nor selaku Ketua Eksekutif PBTM Negara telah mengajukan surat permohonan pendaftaran ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Akhirnya PBTM Kahang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan melalui suratnya PPM/C 1/49 Jld.2 (30) bertarikh 8 Januari 2003 dengan Nombor Pendaftaran PPM/J 1/49 – 226 mengikut peruntukan Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966 dan didaftarkan di alamat No. 1, Jalan 6/1 Kampong Gajah, 86000 Kluang, Johor.
Pada 16 Mac 2003, perasmian pengesahan cawangan telah dilakukan di Balai Kelompok Kg. Sri Timur, Kluang oleh ADUN Paloh ketika itu, YB En. Chong Oh Owon p.i.s. dan serentak dengan itu juga Mesyuarat Agung kali Pertama telah diadakan dengan En. Mohd Salleh Ibni Hassan dipilih sebagai Ketua Cawangan PBTM Kahang yang pertama.
Bermula dengan hanya 63 orang ahli di awal penubuhannya, kini keanggotaan PBTM Kahang telah menjangkaui ke angka 460 orang dan merupakan cawangan yang teramai keahliannya dan paling aktif di peringkat Bahagian Negeri Johor. Kekuatan cawangan ini bukan terletak kepada jumlah keahlian yang ramai tetapi terletak kepada kerjasama dan semangat kerja berpasukan di kalangan ahli-ahlinya secara umum dan di peringkat jawatankuasa khususnya.
Kini PBTM Kahang maju setapak lagi seiring dengan ledakan arus teknologi maklumat. Seperti mana organisasi-organisasi lain yang telah memperkenalkan laman blog masing-masing, begitulah juga dengan PBTM Kahang turut tidak mahu ketinggalan dengan memperkenalkan laman blog pbtmkahang.blogspot.com untuk kemudahan ahli-ahli dan bukan ahli yang mungkin turut berminat menyoroti aktiviti-aktiviti cawangan ini.